norita's FotoPage

By: norita ita

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 24-Aug-2006 15:17 Email | Share | Bookmark
Ekspedisi menawan puncak kinabalu,sabah bah!!!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Quote:
Tajuk : Ekspedisi Gunung Kinabalu
Anjuran : Kelab Sukan & Sosial Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
UPM Serdang, Selangor.
Tarikh : 1 hingga 4 Ogos 2006 (selasa-jumaat)
Ketua Deligasi : Mustafa bin Ibrahim (Timbalan Pendaftar Kanan)
Ahli :
Prof. Madya Ir. Megat Johari Megat Mohd Noor
Hj. Ir. Mohd Rasid Osman
Mohammad Effendy bin Yaacob
Zainaton bt. Mohd. Yusof
Hasliza Zakaria
Norita Hanapiah
Zaliya Mohd. Yusof




1 Ogos 2006 (Selasa)

2.00 ptg : Berkumpul di Foyer Fasa 2B
5.10 ptg : Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu
8.00mlm : Kota Kinabalu (Promenade Apartment)

2 Ogos 2006 (Rabu)

6.00 pg : Kota Kinabalu ke Kundasang
8.30 pg : Tiba di Kundasang
Pendaftaran dan Urusan persediaan untuk pendakian.
10.00 pg : Mula Pendakian dari kaki gunung ke Laban Rata (km0 – km6)
4.00 ptg : Tiba di Laban Rata (km6)

3 ogos 2006 (Khamis)

2.00 pg : Berkumpul di Laban Rata
Sesi taklimat pendakian oleh jurupandu
3.00 pg : Perjalanan dari Laban Rata ke Puncak Kinabalu (km6 – km9)
6.00 pg : Tiba di Puncak Kinabalu (km9)
7.30 pg : Turun dari Puncak Kinabalu ke Laban Rata (km9 – km6)
9.30 pg : Tiba di Laban Rata (km6)
10.30 pg : Bergerak turun dari Laban Rata ke kaki gunung (km6 – km0)
4.30 ptg : Tiba di kaki gunung (km0)
5.30 ptg : Bertolak balik dari Kundasang ke Kota Kinabalu
8.30 mlm : Tiba di Kota Kinabalu

4 Ogos 2006 (Jumaat)

8.00 pg : Leisure sekitar KK
5.10 ptg : KK ke KL
8.00 mlm : KL ke UPM

Seramai tujuh orang daripada Fakulti Kejuruteraan,Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengikuti dengan jayanya Ekspedisi Gunung Kinabalu pada 1 hingga 4 Ogos 2006 anjuran Kelab Sukan dan Sosial Fakulti Kejuruteraan yang lalu. Deligasi ini telah diketuai oleh Timbalan Pendaftar Kanan Fakulti Kejuruteraan sendiri iaitu En. Mustafa bin Ibrahim. Perjalanan kami bermula seawal jam 6 pagi dengan menaiki van kerana perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang (Taman Kinabalu) memakan masa lebih kurang dua setengah jam. Disepanjang perjalanan kami menuju kesana, sukar digambarkan betapa cantik dan indahnya gunung-ganang yang terdapat disekitar kami. Dengan angin yang sejuk dan awan tebal yang masih meliputi kaki gunung membuatkan kami terlena dalam kepenatan.

Setibanya di Kundasang sekitar jam 8.30 pg, kami terus membuat pendaftaran yang diuruskan oleh En.Mustafa dan En. Effendy. Disini kami diberikan taklimat oleh jurupandu kami sepanjang ekpedisi ini iaitu Rejeh bin Balinting mengenai ciri-ciri keselamatan yang harus dititikberatkan bagi menjamin kelancaran perjalanan kami. Setelah semuanya selesai, kami memulakan pendakian sekitar jam 10.00 pagi iaitu dari km1 sehingga ke km6. Timpohon adalah tempat bermulanya pendakian kami. Disepanjang perjalanan kami terdapat banyak pondok rehat bagi kegunaan pendaki untuk mengisi air minuman ataupun berehat sebentar. Sepanjang pendakian itu jugalah kami menempuh laluan yang semakin sukar. Diperingkat awal pendakian, sekitar km ke 4 iaitu di Mt.hut Layang-Layang, kedinginan suasana sekitar kami mula dirasai. Sepanjang perjalanan juga pondok-pondok rehat seperti Pondok Kandis, Pondok Ubah, Pondok Lowi dan Pondok Mempening menjadi tempat persinggahan kami melepaskan penat sebelum sampai di Laban Rata iaitu Km ke 6. Namun, disekitar Km5 dan km 5.5 (Pondok Villosa dan Pondok Paka) hujan turun sedikit demi sedikit. Ini turut membimbangkan kami kerana diantara km ke 5 ini menurut jurupandu kami, perjalanan yang bakal ditempuh adalah lebih sukar dengan keadaan yang licin dan batu-batuan yang lebih besar yang mana boleh membahayakan kami sekiranya tidak berhati-hati. Walau bagaimanapun syukur ke hadrat illahi, akhirnya sekitar jam 4.00 ptg kami selamat tiba di Laban Rata iaitu km ke 6. Ketika ini hujan turun dengan lebatnya. Tidak dapat dibayangkan betapa sejuknya kami disini sehingga menggigil dibuatnya. Tapi itulah pengalaman kami. Kami menginap di waras Hut sebelum persediaan pendakian awal pagi nanti.

Sekitar jam 2 pagi kami sudah bersedia untuk memulakan semula pendakian menuju ke puncak . Walaupun masih di dalam kepenatan dan kesejukan dengan semangat yang kuat untuk menawan puncak kinabalu kami ketepikan semua itu. Setelah semua penerangan diberikan oleh jurupandu kami dengan berbekalkan sedikit roti dan coklat sebagai alas perut kami memulakan pendakian ke puncak sekitar jam 3.00 pg. Ketika ini semangat kami demi membawa nama UPM begitu gah walaupun terpaksa menempuh laluan yang begitu sukar iaitu berjalan di atas batu-batuan yang licin di sepanjang lereng gunung. Setibanya di Sayat-Sayat kami diperiksa sebelum diberikan permit kebenaran untuk meneruskan pendakian sehingga ke puncak. Akhirnya dengan semangat kuat kami sekumpulan bersama kumpulan yang lain, kami selamat tiba di puncak gunung kinabalu (km 9) pada jam 6.00 pagi. Di waktu itu, tidak dapat digambarkan perasaan kami melihat kejadian tuhan iaitu terbitnya matahari sehinggakan setiap detik itu dirakam kan oleh kamera kami sehingga keakhirnya. Di atas puncak setinggi 4095.2m ini juga kami dapat nikmati betapa cantik dan indahnya bumi Sabah negeri di bawah Bayu. Dengan awan yang masih tebal meliputi puncak gunung, angin sejuk mengiringi kami keindahan itu kami nikmatinya dengan penuh kesyukuran.

Setelah hampir satu setengah jam diatas puncak gunung kami meneruskan perjalanan untuk bergerak turun semula ke Laban Rata. Kerana menurut jurupandu kami, semua peserta hendaklah turun dari puncak gunung sebelum pukul 8.00pagi iaitu sebelum awan tebal meliputi puncak. Menurutnya juga jika awan tebal sudah meliputi puncak ia boleh menyukarkan kami untuk turun dan turut membahayakan keselamatan kami. Kami tiba semula di Laban Rata sekitar jam 9.30 pg. Setelah berehat seketika dan mengemaskan barang-barang kami, kami bergerak semula untuk turun dari Laban Rata (km6) ke kaki gunung (km0) sekitar jam 10.30 pg. Setelah menempuh perjalanan hampir 6 jam kami selamat sampai di kaki gunung kinabalau pada jam 4.30 ptg.

Waktu itu keletihan sudah terpancar jelas di setiap riak wajah perserta bersulamkan perut yang lapar kerana menempuh perjalanan selama hampir 10 jam bermula daripada puncak lagi. Namun, kepuasan di hati kami lebih mengatasi kepenatan itu kerana segalanya terbalas apabila kami berjaya sampai di puncak dan mengibarkan gah nama UPM. Pengalaman yang diperoleh sepanjang pendakian ini sememangnya amat berharga. Kenangan indah yang tercatat, dan segala jerih perih pendakian serta jalinan persahabatan yang tersimpul diantara kami akan terus terpahat kemas di ingatan.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net