Want your
own Fotopage?






 
norita's FotoPage

By: norita ita

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  >  >>]    [Archive]
Thursday, 19-Oct-2006 08:38 Email | Share | | Bookmark
kenangan lama : terpahat di hati....

Quote:
entahlah..tetiba sayu terkenangkan kengkawan lama...masing2 dah punya haluan tersendiri...tapi persahabatan n kenangan yang pernah tercipta diantara kita...korang tau tak,tak pernah pudar diingatan..susah senang gelak ketawa bila dikenang boleh mengalir air mata tau...moga persahabtan kita kan berkekalan..walaupun kita jauh terpisah hope korang semua tak pernah lupakan aku..sahabat yg masih disini....



jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan dia adilfitri,
ucapan dikirim penganti diri,
tandan ingatan tak layu di hati.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN dik!
Mon 23-Oct-2006 15:22
Posted by:rahmat  - [Link]
laa dekat aje...kecik dunia ni ye Mon 30-Oct-2006 03:43
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
persahabatan...tak ternilai ertinya.... Tue 31-Oct-2006 08:55
Posted by:Nunu  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Friday, 13-Oct-2006 09:17 Email | Share | | Bookmark
Taween Kak ani...

 
 
 
View all 6 photos...
Quote:
Ya allah Ya Tuhan Kami, Kami memohon restu Mu, berkatilah majlis ini, Limpahkanlah berkat dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini, Jadikanlah rumahtangga mereka aman bahagia dalam ketaatan terhadapMu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta, berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan di akhirat. Sempurnakanlah agama mereka, dengan berkat ikatan ini. -Amin-


sorii kak ani lama baru dapat load gambo kak ani..hehe.pepun tahniah dr ita n the geng k...ingat tau kenangan kita sama2 di rumah sewa..jaga abang baik2 tau hehe....moga bahagia hingga ke akhir hayat...



kewl Fri 13-Oct-2006 02:47
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
tahniah kat kak ani tue ...

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
"Capturing the moments and blooming of colours"
Fri 13-Oct-2006 04:42
Posted by:~ j.e.j.a.k.a ~ FM4555 ~  - [Link]
wah! dah pandai "makeover" gambar ni . . . Mon 16-Oct-2006 01:09
Posted by:use  - [Link]
Add comment


Wednesday, 27-Sep-2006 11:12 Email | Share | | Bookmark
sajer cuba2!!

 
 
 
gambar ni sajejer cuba2 belajar nak edit...but still tak reti lagi...softaware aper yg sesuai...kengkawan tulun bagi pandangan n komen yaaaa.....


adikkkkkk......!!!! dh advance ya.....editing berjaya!diam2 dia ya.....software apa pakai? CS2 Ver.9 dh cuba...? well done and keep trying... Fri 29-Sep-2006 01:59
Posted by:rahmat  - [Link]
hi, ni mesti pakai picasa! guna paint je pun boleh, tapi kalau nak advance guna photoshop version 7.0 atau lagi hebat CS2 . . . good luck! Mon 2-Oct-2006 04:18
Posted by:use  - [Link]
Pakai PS CS2 lebih mudah kerja Thu 5-Oct-2006 09:01
Posted by:Meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 24-Aug-2006 15:17 Email | Share | | Bookmark
Ekspedisi menawan puncak kinabalu,sabah bah!!!

 
 
 
View all 234 photos...
Quote:
Tajuk : Ekspedisi Gunung Kinabalu
Anjuran : Kelab Sukan & Sosial Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
UPM Serdang, Selangor.
Tarikh : 1 hingga 4 Ogos 2006 (selasa-jumaat)
Ketua Deligasi : Mustafa bin Ibrahim (Timbalan Pendaftar Kanan)
Ahli :
Prof. Madya Ir. Megat Johari Megat Mohd Noor
Hj. Ir. Mohd Rasid Osman
Mohammad Effendy bin Yaacob
Zainaton bt. Mohd. Yusof
Hasliza Zakaria
Norita Hanapiah
Zaliya Mohd. Yusof




1 Ogos 2006 (Selasa)

2.00 ptg : Berkumpul di Foyer Fasa 2B
5.10 ptg : Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu
8.00mlm : Kota Kinabalu (Promenade Apartment)

2 Ogos 2006 (Rabu)

6.00 pg : Kota Kinabalu ke Kundasang
8.30 pg : Tiba di Kundasang
Pendaftaran dan Urusan persediaan untuk pendakian.
10.00 pg : Mula Pendakian dari kaki gunung ke Laban Rata (km0 – km6)
4.00 ptg : Tiba di Laban Rata (km6)

3 ogos 2006 (Khamis)

2.00 pg : Berkumpul di Laban Rata
Sesi taklimat pendakian oleh jurupandu
3.00 pg : Perjalanan dari Laban Rata ke Puncak Kinabalu (km6 – km9)
6.00 pg : Tiba di Puncak Kinabalu (km9)
7.30 pg : Turun dari Puncak Kinabalu ke Laban Rata (km9 – km6)
9.30 pg : Tiba di Laban Rata (km6)
10.30 pg : Bergerak turun dari Laban Rata ke kaki gunung (km6 – km0)
4.30 ptg : Tiba di kaki gunung (km0)
5.30 ptg : Bertolak balik dari Kundasang ke Kota Kinabalu
8.30 mlm : Tiba di Kota Kinabalu

4 Ogos 2006 (Jumaat)

8.00 pg : Leisure sekitar KK
5.10 ptg : KK ke KL
8.00 mlm : KL ke UPM

Seramai tujuh orang daripada Fakulti Kejuruteraan,Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengikuti dengan jayanya Ekspedisi Gunung Kinabalu pada 1 hingga 4 Ogos 2006 anjuran Kelab Sukan dan Sosial Fakulti Kejuruteraan yang lalu. Deligasi ini telah diketuai oleh Timbalan Pendaftar Kanan Fakulti Kejuruteraan sendiri iaitu En. Mustafa bin Ibrahim. Perjalanan kami bermula seawal jam 6 pagi dengan menaiki van kerana perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang (Taman Kinabalu) memakan masa lebih kurang dua setengah jam. Disepanjang perjalanan kami menuju kesana, sukar digambarkan betapa cantik dan indahnya gunung-ganang yang terdapat disekitar kami. Dengan angin yang sejuk dan awan tebal yang masih meliputi kaki gunung membuatkan kami terlena dalam kepenatan.

Setibanya di Kundasang sekitar jam 8.30 pg, kami terus membuat pendaftaran yang diuruskan oleh En.Mustafa dan En. Effendy. Disini kami diberikan taklimat oleh jurupandu kami sepanjang ekpedisi ini iaitu Rejeh bin Balinting mengenai ciri-ciri keselamatan yang harus dititikberatkan bagi menjamin kelancaran perjalanan kami. Setelah semuanya selesai, kami memulakan pendakian sekitar jam 10.00 pagi iaitu dari km1 sehingga ke km6. Timpohon adalah tempat bermulanya pendakian kami. Disepanjang perjalanan kami terdapat banyak pondok rehat bagi kegunaan pendaki untuk mengisi air minuman ataupun berehat sebentar. Sepanjang pendakian itu jugalah kami menempuh laluan yang semakin sukar. Diperingkat awal pendakian, sekitar km ke 4 iaitu di Mt.hut Layang-Layang, kedinginan suasana sekitar kami mula dirasai. Sepanjang perjalanan juga pondok-pondok rehat seperti Pondok Kandis, Pondok Ubah, Pondok Lowi dan Pondok Mempening menjadi tempat persinggahan kami melepaskan penat sebelum sampai di Laban Rata iaitu Km ke 6. Namun, disekitar Km5 dan km 5.5 (Pondok Villosa dan Pondok Paka) hujan turun sedikit demi sedikit. Ini turut membimbangkan kami kerana diantara km ke 5 ini menurut jurupandu kami, perjalanan yang bakal ditempuh adalah lebih sukar dengan keadaan yang licin dan batu-batuan yang lebih besar yang mana boleh membahayakan kami sekiranya tidak berhati-hati. Walau bagaimanapun syukur ke hadrat illahi, akhirnya sekitar jam 4.00 ptg kami selamat tiba di Laban Rata iaitu km ke 6. Ketika ini hujan turun dengan lebatnya. Tidak dapat dibayangkan betapa sejuknya kami disini sehingga menggigil dibuatnya. Tapi itulah pengalaman kami. Kami menginap di waras Hut sebelum persediaan pendakian awal pagi nanti.

Sekitar jam 2 pagi kami sudah bersedia untuk memulakan semula pendakian menuju ke puncak . Walaupun masih di dalam kepenatan dan kesejukan dengan semangat yang kuat untuk menawan puncak kinabalu kami ketepikan semua itu. Setelah semua penerangan diberikan oleh jurupandu kami dengan berbekalkan sedikit roti dan coklat sebagai alas perut kami memulakan pendakian ke puncak sekitar jam 3.00 pg. Ketika ini semangat kami demi membawa nama UPM begitu gah walaupun terpaksa menempuh laluan yang begitu sukar iaitu berjalan di atas batu-batuan yang licin di sepanjang lereng gunung. Setibanya di Sayat-Sayat kami diperiksa sebelum diberikan permit kebenaran untuk meneruskan pendakian sehingga ke puncak. Akhirnya dengan semangat kuat kami sekumpulan bersama kumpulan yang lain, kami selamat tiba di puncak gunung kinabalu (km 9) pada jam 6.00 pagi. Di waktu itu, tidak dapat digambarkan perasaan kami melihat kejadian tuhan iaitu terbitnya matahari sehinggakan setiap detik itu dirakam kan oleh kamera kami sehingga keakhirnya. Di atas puncak setinggi 4095.2m ini juga kami dapat nikmati betapa cantik dan indahnya bumi Sabah negeri di bawah Bayu. Dengan awan yang masih tebal meliputi puncak gunung, angin sejuk mengiringi kami keindahan itu kami nikmatinya dengan penuh kesyukuran.

Setelah hampir satu setengah jam diatas puncak gunung kami meneruskan perjalanan untuk bergerak turun semula ke Laban Rata. Kerana menurut jurupandu kami, semua peserta hendaklah turun dari puncak gunung sebelum pukul 8.00pagi iaitu sebelum awan tebal meliputi puncak. Menurutnya juga jika awan tebal sudah meliputi puncak ia boleh menyukarkan kami untuk turun dan turut membahayakan keselamatan kami. Kami tiba semula di Laban Rata sekitar jam 9.30 pg. Setelah berehat seketika dan mengemaskan barang-barang kami, kami bergerak semula untuk turun dari Laban Rata (km6) ke kaki gunung (km0) sekitar jam 10.30 pg. Setelah menempuh perjalanan hampir 6 jam kami selamat sampai di kaki gunung kinabalau pada jam 4.30 ptg.

Waktu itu keletihan sudah terpancar jelas di setiap riak wajah perserta bersulamkan perut yang lapar kerana menempuh perjalanan selama hampir 10 jam bermula daripada puncak lagi. Namun, kepuasan di hati kami lebih mengatasi kepenatan itu kerana segalanya terbalas apabila kami berjaya sampai di puncak dan mengibarkan gah nama UPM. Pengalaman yang diperoleh sepanjang pendakian ini sememangnya amat berharga. Kenangan indah yang tercatat, dan segala jerih perih pendakian serta jalinan persahabatan yang tersimpul diantara kami akan terus terpahat kemas di ingatan.




seronoknyaaaaaa dpt tawan gunung kinabalu nie,,, Wed 6-Sep-2006 14:21
Posted by:ida_natrah ida_natrah@yahoo.com  - [Link]
bila lah nak merasa naik gunung kinabalu ni???

tahniah pasal dah jejak kaki kat sana...
Thu 14-Sep-2006 00:02
Posted by:cgmulia  - [Link]
tahniah dik...u deserve it! bertuahnya adik dh sampai ke puncak kinabalu...mcm teringin jek abg nk ke sana. Mon 18-Sep-2006 23:48
Posted by:rahmat  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 24-Aug-2006 10:40 Email | Share | | Bookmark
UPM Konvokesyen...Tahniah dek...30 Julai 2006

UPM convocation
ngan makcik n pakcik...
suka sgtlah tu pasai dpt bnyk bunga!!
View all 74 photos...
Code:
ni sempena ari adek Fida konvo...puas lah dier bergambo sakan biasalah kan hari bahagia hehe..so nilah yang sempat kaklong dier tangkap..penat woooo ngikut kehendak adek2 nih...wuwuwu...perpun tahniah pahit jerih dah terbalas..so lepas ni carik kerja leklok aaaaa dek...n ingatlah2 peper yg dah dilupakan tuh....haha...tau2 jerlah..








tahniah (10x) buat adek fida....dr abg seisi kuarga...tergambar keseronoknya! Mon 28-Aug-2006 10:10
Posted by:rahmat  - [Link]
Add comment


Thursday, 24-Aug-2006 08:39 Email | Share | | Bookmark
Perbarisan Tamat Latihan Parajurit Muda, 29 Julai 2006

Perbarisan Tamat Latihan Parajurit Muda
1
2
View all 33 photos...
Code:
ermm nak citer per erk..hehe lama dah rasanya tak load gambor kat page nih....but dlm busy2 tuh sempat gak aaa g nengok perbarisan adek Daus kat P.D aritu..memang meriah sgt tengok diorang2 nih...dengan mak ayah yg datang jauh2,tentu bangga dengan anak2 diorang yg berjaya menamatkan kursus parajurit selama lebey kurang 6 bulan ni...to Daus..kak ita ucapkan tahniah n selamat menempuh laluan yg bakal daus lalui lepas nih..hehe jgn banyak2 susahkan along aaa.... ..sket2 ok laaa..hehe





Care to comment?


Tuesday, 25-Jul-2006 03:35 Email | Share | | Bookmark
langkawi trip..hehehe

 
 
 
View all 51 photos...
nilah sket gambar masa g training ke kukum perlis aritu...yg kelakarnya sempat lagik lari ker langkawi...jenjalan..warghahh macam tak cayoo menjejakkan kaki di bumi langkawi walaupun just 3 jam... to kak sinnira..nice meeting u...hope relationship forever k...


alaaaaa....dek!!! p langkawai hawat tak habaq abg....klu tak leh kim air gammat & minyak gammat..heheee! Tue 25-Jul-2006 10:15
Posted by:rahmat  - [Link]
Jemput lawat http://unix2u.fotopages.com
Produk menarik, sesuai untuk semua....
Wed 23-Aug-2006 02:01
Posted by:Nazli - unix2u
Add comment


Monday, 17-Jul-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Nasuha n Adiknya Husna...

1
2
3
View all 27 photos...
Quote:
seronok dpt tengok gelagat bdk2 nih..terhibur rasanya hati..lagilah yg jenis petah bercakap...so nilah hasilnya yg ita dpt candid sikit2 gambo nasuha n adeknya...tau lak tuh nak possing hehe takyah diajar...memang terer....



a.a kak long! anak sapa tu.....cutenya dia...pandai plak dia posing...hepiiiiii!! Tue 18-Jul-2006 09:43
Posted by:rahmat  - [Link]
sebenarnya 2 org budak cute nih anak yg makcik ta jaga...mak ayah diorang nih 2 2 kijer..pastu makcik bawaklah diorang 2 beradik ni balik kg umah ta...heheh tak sangka memang diorang serasi ngan kuarger ta...semua nak dukung nasuha n adeknya nih..manjer pon manjer..tak nangis n banyak ragam...kan senang dapat anak macamni..heheh Wed 19-Jul-2006 01:43
Posted by:ita along_ita81@yahoo.com
Add comment


Friday, 14-Jul-2006 01:00 Email | Share | | Bookmark
workshop on PCB prototyping fabrication tech.3-6Julai06,Perlis

 
 
 
View all 102 photos...
Quote:
The 1st Gathering of PCB Prototyping Fabrication in Malaysia
Tajuk Bengkel : Workshop on PCB Fabrication Technology
Tarikh : 3 - 6 Julai 2006
Tempat : Kolej Universiti Kej.Utara Malaysia,Kuala Perlis,Perlis
Jointly Organised by : KUKUM & VANGUARD ELECTRONIC SDN.BHD


nilah first gathering utk fabrication PCB...seronok n banyak pengetahuan yg dpt dikongsi bersama semua peserta kerana diorang2 ni memang dah more experience on PCB...aperpon...banyak yg dipelajari selama 4 hari mengikuti kursus ni n pengalaman ini akan diguanakn sebaik mungkin..insya allah...hope persahabatan yg terjalin kan berterusan n dapat jumpa lagi di masa kan datang...



menarik.. byk dpt belajor kat sini.. gambar2 proses buat PCB tu byk membantu ...
:: "Capturing the moments and blooming of colours"
:: http://www.hasnizamhashim.com
Fri 14-Jul-2006 07:51
Posted by:~ j.e.j.a.k.a ~ FM4555 ~  - [Link]
Add comment


Wednesday, 12-Jul-2006 17:45 Email | Share | | Bookmark
kayak games..1julai06,8.30pagi

 
 
 
View all 57 photos...
Quote:
tempat : tasek fakulti kejuruteraan,UPM
yg terlibat : staf kej.

memang best kerana julung2 kali diadakan kayak games ni di tasek fakulty kej.tahniah pada yg menang aperpon yg bestnya dapat kompol reramai n nengok macam2 gelagat orang hehehe..moga2 akan berterusan aktiviti seperti ni.





comel nyer 3 org gadis melayu yg ayu berposing... Wed 18-Oct-2006 07:31
Posted by:sha sha_tdp@yahoo.com
Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.